Pengayuh beca Pulau Pinang gembira terima suntikan vaksin COVID-19

 Pengayuh beca Pulau Pinang gembira terima suntikan vaksin COVID-19

GEORGE TOWN, 26 Jul — Seramai 165 pengayuh beca di Pulau Pinang melahirkan rasa gembira apabila mendapat suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di Dewan Sri Pinang pada Ahad.

Seorang daripadanya, Abdul Kadir Kalidas Abdullah, 51, berasa lega apabila akhirnya mendapat suntikan vaksin yang ditunggu-tunggu.

“(Suntikan) terasa agak sakit sedikit, tetapi berbaloi karana ini bermakna kami maju selangkah lagi untuk kembali kepada pekerjaan kami,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai agar segera mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dalam membantu Malaysia menjadi negara yang selamat dengan mencapai imuniti kelompok.

Selain mendapat suntikan COVID-19, para pengayuh beca itu juga juga menikmati pelbagai manfaat lain termasuk pemeriksaan perubatan, pembaharuan lesen selama setahun, gunting dan cukur rambut di acara hari ini, semuanya secara percuma.

Seorang lagi pengayuh beca Chan Siew Kong, 80, berkata, beliau berasa sungguh lega kerana dapat gunting rambut selepas tidak dapat berbuat demikian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan

Beliau berkata suntikan vaksin dan semua kemudahan yang diperoleh secara percuma ini memberikan sedikit harapan kepadanya bahawa keadaan akan menjadi lebih baik selepas berakhirnya pandemik COVID-19 tidak lama lagi.

“Saya percaya semua ini pertanda baik untuk kita dan diharapkan selepas kita divaksin sepenuhnya kita akan bersedia untuk menyambut kedatangan semula pelancong dan kembali bekerja,” katanya

Terdahulu Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Yeoh Soon Hin hadir di Dewan Sri Pinang untuk meninjau proses vaksinasi.

Yeoh berkata kerajaan negeri telah mengatur rancangan bagi memastikan 300 pengayuh beca dan pemandu teksi di negeri itu menerima vaksin bulan ini.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  3  =  3