Pengayuh beca Georgetown merenung nasib

 Pengayuh beca Georgetown merenung nasib

Pengayuh beca Manan Talib, 56, merenung nasibnya sambil duduk di becanya di Canon Square ekoran punca pendapat merosot berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini.–fotoBERNAMA(2021)

GEORGE TOWN, 11 Mac — Beberapa pengayuh beca berehat di kaki lima di Jalan Penang sambil menunggu pelanggan.
Menurut pengayuh beca Tan Kang Ho, 71, tiada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama yang bermula 18 Mac tahun lepas.

Sebelum ini beliau mampu memperoleh sekitar RM50 sehari tetapi sejak pelaksanaan PKP pendapatannya terjejas teruk hingga menyebabkan Tan Kang sekadar duduk di atas beca sambil menunggu orang mengedarkan makanan kepada mereka berikutan tiada punca pendapatan.

Tan Kang Ho dan beberapa pangayuh beca lain berteduh sementara menunggu pelanggan
–fotoBERNAMA (2021)
Tan Kang yang telah menjalankan perkhidmatan itu hampir 30 tahun berkata ada di antara mereka terpaksa tidur di atas beca kerana tidak mampu menyewa rumah.
Pengayuh beca Manan Talib, 56, merenung nasibnya sambil duduk di becanya di Canon Square ekoran punca pendapat merosot berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini.
Ketiadaan pelancong yang mengunjungi pulau itu sejak pelaksanaan PKP setahun lepas menyebabkan punca pendapatan pengayuh beca terjejas.
Menurut Manan, sebelum ini pengayuh beca sering membawa sejumlah pelancong termasuk pelancong domestik dari Kedah, Johor dan Kuala Lumpur untuk melakukan lawatan di sekitar kawasan warisan.
Beliau berharap agar pihak kerajaan dapat membenarkan pergerakan rentas negeri bagi membolehkan pengayuh beca mencari rezeki.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

99  −  95  =