Pengasuh ditahan, bantu siasatan kes lempang bayi 8 bulan

 Pengasuh ditahan, bantu siasatan kes lempang bayi 8 bulan


PETALING JAYA : Wanita yang juga pengasuh kepada bayi berusia lapan bulan ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan dakwaan menampar bayi terbabit.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kamaruzaman Elias berkata, siasatan dibuat sebaik saja ibu bayi berkenaan membuat laporan pada Rabu lalu. 

“Susulan itu polis menahan wanita berusia 48 tahun bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kejadian itu disedari ibu bayi berkenaan ketika mengambil anaknya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras dan mendapati pipi bayi terbabit kemerah-merahan,” katanya.

Menerusi satu kenyataan, Kamaruzaman berkata, siasatan mendapati pangasuh bayi berkenaan mengaku tidak sengaja menampar pipi bayi berkenaan ketika berada di dalam buaian kerana mangsa dikatakan sering muntah.

“Polis kini sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus terhadap laporan ini dan menunggu laporan penuh perubatan ke atas mangsa. Kes akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk nasihat dan arahan pertuduhan dengan kadar segera.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita dari sumber yang tidak sahih dan boleh mengganggu siasatan polis,”katanya.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

29  −  19  =