Penganjur Tokyo 2020 pertahan kebenaran pengunjung, larang alkohol

 Penganjur Tokyo 2020 pertahan kebenaran pengunjung, larang alkohol

Kredit foto Reuters

TOKYO, 24 Jun — Berbaki 30 hari sebelum bermulanya Sukan Olimpik Tokyo 2020, penganjur acara sukan itu semalamĀ memutuskan untuk tidak menjual alkohol di tempat-tempat selain mempertahankan rancangan untuk membenarkan kemasukan ribuan penonton.

Penganjuran temasya sukan yang tertangguh setahun akibat penularan pandemik COVID-19 itu menerima kritikan hebat dari rakyat Jepun kerana risiko yang dibawanya.

Memetik dari laporan Reuters, penganjur temasya itu mempertimbangkan untuk membenarkan pengambilan alkohol di venue Olimpik, namun menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya di media sosial yang mendesak acara itu dibatalkan.

Menurut Presiden Olimpik Tokyo, Seiko Hashimoto berkata menerusi kenyataan, jawatankuasa penganjur memutuskan untuk tidak menjual dan tidak membenarkan minuman beralkohol di tempat-tempat tersebut untuk mencegah penyebaran jangkitan.

“Selepas dinasihati serta diberi amaran oleh pakar kesihatan, penjualan alkohol di sekitar venue temasya itu adalah tidak dibenarkan. Jika ia dibenarkan maka ianya akan mendorongĀ kepada kontak rapat, serta pergaulan di bar yang membantu kepada penyebaran virus,” katanya.

Sebelum ini, Hashimoto mempertahankan keputusan penganjur untuk membenarkan penonton memasuki venue Olimpik.

Pakar kesihatan Jepun mengatakan bahawa larangan kemasukan penonton adalah pilihan yang paling selamat, namun tetap menyertakan juga cadangan mengenai cara terbaik untuk menjadi tuan rumah sekiranya penonton dibenarkan masuk.

“Kami memutuskan untuk melakukan persiapan terbaik untuk temasya itu dengan penonton.

“Sudah tentu saya memahami bahawa mengadakan acara tanpa penonton akan menurunkan risiko, namun terdapat bukti bahawa tiada kluster baharu muncul pada acara dan kejohanan lain,” katanya.

Penganjur temasya sukan itu mengatakan pada Isnin lalu bahawa sehingga 10,000 penonton tempatan akan dibenarkan masuk ke venue Olimpik, namun kemasukan pelawat asing adalah dilarang.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +    =  7