Pengambilan 18,702 atasi masalah kekurangan guru

 Pengambilan 18,702 atasi masalah kekurangan guru

Setiausaha PN Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal

JOHOR BAHRU, 21 Jun – Perikatan Nasional (PN) Johor menyifatkan langkah Kementerian Pendidikan untuk mengambil 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara ‘one-off’ sebagai tempat pada masanya.

Setiausaha PN Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, langkah itu dapat mengatasi kekurangan guru di negara ini yang difahamkan berlanjutan sejak 2016 .

“Cabaran utama pengambilan guru yang dikenal pasti adalah kekurangan bekalan calon guru Institut Pendidikan Guru (IPG) dan ketidakpadanan opsyen mata pelajaran di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

“Maka, dengan pengambilan khas guru secara ‘one-off’ secara besar-besaran ini, cabaran kekurangan guru terutamanya di Sabah, Sarawak, Selangor dan Johor sudah tentu dapat diatasi sedikit masa lagi.

“Di samping itu, langkah ini sudah pasti merapatkan, sekali gus menutup jurang kekurangan yang sedia wujud selama ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

PN Johor yakin langkah Kementerian Pendidikan itu memberikan kelegaan kepada graduan pendidikan yang berdepan dengan cabaran ketiadaan pekerjaan selepas tamat pengajian.

Justeru, pengambilan khas guru secara ‘one-off’ itu akan membolehkan graduan pendidikan memohon seterusnya menerima tawaran pekerjaan yang berkualiti untuk mengajar di sekolah.

Meskipun berdepan engan pelbagai tekanan mahupun cabaran pada masa kini, beliau berkata, kerajaan PN sentiasa komited dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Malah komitmen ini jelas mencerminkan kerajaan yang memerintah amat prihatin dengan keluhan graduan pendidikan serta cakna dengan isu dan cabaran membabitkan sektor berkaitan,” katanya.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

30  −    =  22