Peneroka getah terpijak bom perang dunia kedua?

 Peneroka getah terpijak bom perang dunia kedua?

NEGERI SEMBILAN: Tergempar, apabila sebutir bom lama telah pun ditemui di sebuah kawasan kebun getah milik seorang peneroka.

Difahamkan, bom lama tersebut dijumpai bertempat di Gemas, Blok 4, Jelai 1, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, bom yang ditemukan berkenaan dikenal pasti sebagai ‘artillery shell’ yang dipercayai digunakan ketika perang dunia kedua.

artillery shell

Memetik sumber Harian Metro, Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya menerima maklumat daripada peneroka berusia 45 tahun itu berhubung penemuan objek menyerupai bom terbabit sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Kami mengesan kedudukan sebenar bom berkenaan berdasarkan maklumat diberikan orang yang menemui bom itu.

“Selepas membuat pengesahan objek yang ditemukan adalah bom, kami memasang tali halangan polis bagi menghalang orang awam daripada memasuki lokasi berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sumber Harian Metro

Beliau berkata, Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan berjaya memusnahkan bom berkenaan dengan selamat di kawasan kebun terbabit kira-kira 9 pagi tadi.

“Jenis bom itu adalah ‘artillery shell’ berukuran kira-kira 20 sentimeter dan dipercayai bom peninggalan perang dunia kedua,” katanya.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

63  +    =  69