Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Penerima vaksin boleh derma darah

KUALA LUMPUR, 14 Jun — Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan 14 Jun sebagai Hari Derma Darah Sedunia.

Ia bagi menggalakkan masyarakat menderma darah untuk menyelamatkan mereka yang memerlukan.
Namun akibat negara kita berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19, stok bekalan darah di Pusat Darah Negara (PDN) dan tabung darah di seluruh negara berkurangan biarpun permintaan terhadapnya semakin meningkat.
Dr Razreen Amim Rusli mengingatkan semua bahawa penerima vaksin, boleh menderma darah 7 hari selepas menerima suntikan vaksin.
“Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang gejala selepas menerima suntikan vaksin, boleh menderma darah selepas 7 hari manakala mereka yang mengalami kesan sampingan boleh menderma 7 hari selepas sembuh daripada gejala,” katanya kepada Wacana.my hari ini.
Setiap hari negara memerlukan sekurang-kurangnya 2,000 beg darah yang mampu menampung kegunaan kira-kira 1,000 pesakit.