Penerbangan evakuasi dari Afghanistan mungkin disambung semula – Dominic Raab

 Penerbangan evakuasi dari Afghanistan mungkin disambung semula – Dominic Raab

Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani mengadakan pertemuan dengan Dominic Raab di Doha, Qatar, 2 Sept, 2021. REUTERS

KUALA LUMPUR, 3 Sept –– Setiausaha Luar United Kingdom memberi bayangan penerbangan pemindahan keluar dari Afghanistan mungkin akan disambung semula.

Keyakinan ini dinyatakan Dominic Raab selepas pertemuan dengan pemimpin Qatar di Doha pada Khamis.

Raab memaklumkan lapangan terbang Kabul mungkin akan dibuka semula dalam masa terdekat.

“Terdapat dua peluang untuk mewujudkan laluan selamat buat warga Britain dan Afghanistan yang bekerja untuk kami keluar dari negara itu dan kembali ke UK.

“Pertama adalah melalui lapangan terbang di Kabul.

“Saya mengadakan perbincangan dengan Emir dan Menteri Luar Qatar mengenai kemungkinan untuk merealisasikannya.

“Masih belum ada kenyataan rasmi boleh dikeluarkan, tetapi ia berkemungkinan akan berlaku dalam masa terdekat,” kata Raad.

Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani memaklumkan negara itu kini meneruskan perbincangan dengan taliban untuk membolehkan proses pemindahan disambung segera.

Negara Teluk itu menjadi pengantara kepada pejabat politik Taliban sejak lapan tahun lalu.–Reuters

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  15  =  24