Penemuan dua ekor ‘Anakonda’ di Terengganu

 Penemuan dua ekor ‘Anakonda’ di Terengganu


PETALING JAYA : Beberapa pekerja di sebuah tapak pembinaan di Kampung Gong Nangka, Marang, Terengganu dikejutkan dengan kehadiran dua ular sawa bersaiz gergasi.

Bukan sekadar kisah dongeng atau filem fantasi, dua ekor ular sawa batik bersaiz gergasi itu menggemparkan banyak pihak.

Menurut perkongsian yang dimuat naik di Twitter, reptilia tersebut seberat 250 kilogram (kg) dan lebih 100 kg sedang dikeluarkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Ular sawa pertama seberat 250kg dan sepanjang kira-kira 5.8 meter, manakala ular kedua seberat lebih 100kg dan sepanjang 4.2 meter,” demikian ciapan tersebut.

Menerusi ciapan tersebut, empat keping gambar turut dimuat naik di laman Twitter rasmi APM.

Gambar-gambar tersebut memaparkan anggota APM sedang mengeluarkan reptilia berkenaan daripada tapak pembinaan.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

72  +    =  75