Penduduk resah warga asing  ‘bergelang pink’ bebas berkeliaran

 Penduduk resah warga asing  ‘bergelang pink’ bebas berkeliaran

KUALA SELANGOR, 17 Jun — Penduduk sekitar kawasan Alam Jaya dan Puncak Alam mula resah dengan kehadiran warga asing yang berkeliaran sekitar kawasan ini.

Penduduk mendakwa rata-rata warga asing yang berkeliaran disini memakai gelang pink yang menandakan mereka samada kontak rapat pesakit COVID-19 atau pesakit COVID-19 yang menjalani kuarantin kendiri.

Tinjauan Wacana.my mendapati kebanyakkan mereka berkeliaran sekitar kawasan perniagaan yang terdapat kedai runcit milik warga asing.

Menurut Adun Jeram Shaid Rosli, beliau mendapat aduan daripada penduduk yang menyatakan kedai runcit milik warga asing mula beroperasi sebelum jam 8 pagi.

Luahan seorang penduduk di laman Facebook

“Setelah membuat tinjauan sendiri dan mendapati dakwaan penduduk itu benar, saya telah membuat aduan ke Ketua Balai Polis Jeram,” katanya.

Tambah Shaid, Ketua Balai Polis Jeram, SM Mohd Zainal Hassan telah memberi maklumbalas dan akan mengambil tindakan segera.

Sementara itu disebelah petang pula penduduk mendapati warga asing yang memakai gelang pink turut berkeliaran sekitar kedai runcit.

“Apabila disoal, warga asing ini mendakwa mereka dalam perjalanan ke kilang roti disini kerana dipanggil majikan, namun perumahan mereka dan kilang roti terletak jauh dari kedai runcit disini dan tiada alasan munasabah untuk mereka berada disini,” katanya.

Warga asing ini mendakwa dalam perjalanan ke tempat kerja kerana dipanggil majikan.

Rata-rata penduduk mendakwa warga asing sekitar kawasan ini telah kerap dilihat berkeliaran dikawasan sekitar walaupun memakai gelang pink.

Shaid memohon kerjasama semua pihak khususnya PDRM, MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberi perhatian atas aduan penduduk disini.

Ketua Balai Jeram, SM Mohd Zainal Hassan memberitahu Wacana.my pihaknya telah menjalankan siasatan dan mendapati kumpulan warga asing tersebut adalah pekerja sebuah kilang roti dikawasan tersebut.

“Majikan yang kami hubungi mengakui kesilapan mereka membenarkan pekerja warga asing itu berjalan sendiri dari asrama pekerja untuk ke kilang untuk urusan pemotongan gelang pink,” katanya.

Walaubagaimanapun ketika pihak polis tiba dikawasan tersebut, semua warga asing telah pulang ke asrama masing-masing.

Kehadiran warga asing yang memakai gelang pink di sekitar kawasan mereka menimbulkan kerisauan penduduk setempat.

Wacana.my dimaklumkan proses pemotongan gelang pink pekerja kilang roti berkenaan berlangsung selama dua hari sehingga hari esok.

Menurut Mohd Zainal, pihak polis akan terus memantau kawasan sekitar dan mengambil tindakan tegas terhadap pekerja dan majikan yang terlibat.

“Majikan juga sudah diberi amaran dan diarahkan untuk menyediakan kenderaan sesuai untuk semua urusan pekerja mereka dan tidak membiarkan mereka berkeliaran,” katanya.

Penduduk juga dialu-alukan menyampaikan maklumat kepada pihak Polis jika masih terdapat pemakai gelang pink yang berkeliaran dikawasan perumahan mereka.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *