• Friday, 18 June 2021, 1:58 am

Penduduk lega ahli parlimen bantu agih bekalan makanan.

 Penduduk lega ahli parlimen bantu agih bekalan makanan.

Petugas dari Pejabat Ahli Parlimen Tambun membantu mengagihkan kotak bantuan makanan kepada penduduk yang terlibat PKPD di Hulu Kinta, Perak. Foto sumber pembaca WMY

IPOH, 9 Jun — Penduduk Kampung Sungai Tapah yang hari ini memasuki hari ketiga menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas bantuan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Penduduk yang menghubungi Wacana.my sebelum ini mengadu mereka hampir terputus bekalan makanan dan mula resah kerana pasaraya di dalam kawasan itu turut diarah tutup.

Petugas dari Pejabat Ahli Parlimen Tambun mengagihkan kotak bantuan makanan kepada penduduk yang terlibat PKPD di Hulu Kinta, Perak.

Wacana.my yang menghubungi pegawai khas Ahmad Faizal mendapati pihaknya telah mengerakkan bantuan makanan segera kepada hampir dua ribu isi rumah melibatkan hampir 10,000 orang penduduk.

Siti Rodziah Azni, memberitahu, beliau mula resah kerana tidak dapat keluar membeli barang keperluan asas.

“Pelanggan yang ada di pasaraya beratur sehingga ke luar, keadaan amat sesak dan saya pula tidak berani untuk turut bersesak disana,” katanya.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu dalam media sosialnya memberitahu bantuan makanan diedarkan kepada penduduk di kawasan merah PKPD di Gugusan Manjoi.

“Mohon doa semua agar penduduk yang dikenakan PKPD diberi keselamatan dan dipermudahkan segala urusan mereka, ” katanya.

Ahmad Faizal turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat; yang terus menerus mencurah masa dan tenaga demi kepentingan rakyat yang terjejas sepanjang PKPD ini.

Bantuan makanan telah mula digerakkan untuk diberikan kepada penduduk yang terjejas dan turut diberikan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas disana.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *