Penduduk empat kampung di Hulu Besut akur PKPD

 Penduduk empat kampung di Hulu Besut akur PKPD

Oleh Mohammad Ishak

JERTIH, 13 Feb: Penduduk empat kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, di sini akur keputusan pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa  esok hingga 27 Februari depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan pelaksanaan PKPD di Kampung Darau, Kampung Awek, Kampung Padang Baloh dan Kampung Lepang Kejor.

Walaupun terkejut dengan pengumuman itu, mereka akan mematuhi arahan tersebut demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan kesihatan penduduk akibat penularan pandemik COVID-19 yang tinggi di kawasan terbabit.

PKPB itu akan memudahkan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas 2,152 penduduk di lokaliti berkenaan serta kontak rapat untuk memastikan tiada jangkitan dalam komuniti.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Darau, Rahim Harun berkata, berikutan penguatkuasaan PKPD, penduduk kini membuat persiapan membeli pelbagai barangan keperluan untuk bekalan keluarga.

Katanya, penduduk sudah tidak dapat keluar ke bandar atau kampung berhampiran berikutan pihak berkuasa sudah menempatkan anggota keselamatan untuk menguatkuasa Sekatan Jalan Raya (SJR) sejak Khamis lalu.

“Saya mengharapkan pihak berkuasa menyediakan bantuan khas kepada orang ramai terutama golongan miskin dalam tempoh pelaksanaan perintah berkenaan,” katanya.

Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 570 ujian saringan dan 21 kes positif COVID-19 telah direkodkan meliputi empat kampung berkenaan.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1  +    =  5