Pencuri balak HS Lakum guna tonto

 Pencuri balak HS Lakum guna tonto

BENTONG, 30 Januari 2022 – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berjaya melumpuhkan cubaan memindahkan sebanyak 27 tual balak bersaiz 2.4 meter panjang tanpa permit di Hutan Simpan Lakum, di sini semalam.


Serbuan di lakukan pasukan Unit Penguat kuasa Pahang Barat, dibantu kakitangan Pejabat Hutan Daerah (PHD) Temerloh dan PHD Bentong selepas menerima aduan kegiatan menceroboh Kompartmen 11 hutan simpan berkenaan.


Ketua Penolong Pengarah (Penguat kuasa) JPNP Nor Azirim Ahmad berkata, semakan dilakukan dalam kawasan terbabit turut menemui jentera yang digunakan untuk mengangkat balak dan motorsikal jenis Honda EX5 dipercayai milik individu yang melakukan kegiatan haram itu.

Sebahagian 27 tual pelbagai spesies balak yang cuba dipindahkan tanpa permit di Hutan Simpan Lakum.


Menurutnya, serbuan dilakukan 13 anggota UPK dan kakitangan PHD Bentong dan Temerloh itu turut menemui tiga longgok balak pelbagai spesies s


“Sindiket yang terbabit dengan kegiatan haram itu dipercayai berpengalaman luas melakukan kegiatan menceroboh hutan simpan dan memindahkan balak tanpa permit di daerah ini.


“Mereka terdiri daripada tiga individu tempatan yang mempunyai rangkaian aktiviti berkenaan terutama membabitkan pemandu lori dan pengusaha kilang papan,” katanya, di sini hari ini.


Beliau berkata, balak yang ditebang mengikut saiz perlukan ditempatkan sementara dalam ladang kelapa sawit yang terletak bersebelahan dengan Hutan Simpan Lakum, aktiviti memindahkan balak terbabit dipercayai akan dilakukan waktu malam.

Motosikal Honda EX5
yang digunakan individu untuk memindahkan balak tanpa permit di Hutan Simpan Lakum.


Nor Azirim berkata, sindiket berkenaan turut menggunakan pemberi maklumat atau tonto yang menyebabkan pihaknya gagal menangkap suspek. Siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan individu yang terbabit dengan kegiatan haram itu, jentera dan motosikal yang disita akan menjadi petunjuk.


Katanya, jentera yang disita kini disimpan sementara di pusat simpanan barangan rampasan kes JPNP di Pejabat Ladang Hutan Kemasul, Temerloh. Kes berkenaan disiasat di bawah Akta Perhutanan Negara (APN 1984) Pindaan 1993.


“Kita tidak berkompromi dengan individu yang terbukti melakukan kegiatan memindahkan hasil hutan seperti balak dan bahan galian seperti emas termasuk bijih besi, tindakan undang-undang menunggu mereka sekiranya terbukti bersalah.


“Justeru, saya merayu kepada masyarakat supaya dapat memberi kerjasama dengan memberi maklumat sekiranya mengetahui terdapat kegiatan menceroboh hutan simpan dan memindahkan hasil hutan.


“Kegiatan berkenaan bukan sahaja memusnahkan hutan dan alam sekitar tetapi turut merugikan kerajaan negeri yang tidak menerima cukai hasil hutan,” katanya.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

13  −  12  =