Pencemaran toksik: Polis Johor tahan empat lelaki

 Pencemaran toksik: Polis Johor tahan empat lelaki

Ayob Khan (dua dari kiri) bersama Pengarah Bomba Johor Datuk Yahaya Madis melihat sungai yang tercemar akibat pembuangan sisa toksik di Kampung Baru Sri Aman, Kempas di sini hari ini.

JOHOR BAHRU, 15 Sept — Empat suspek termasuk seorang pemilik premis ditahan polis kerana disyaki membuang sisa industri berjadual di dalam tali air di Kampung Baru Sri Aman, Kempas, di sini hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, keempat-empat lelaki berkenaan ditahan kira-kira jam 11.30 pagi di sebuah kilang yang terletak kira-kira tiga kilometer dari kampung berkenaan.

“Tangkapan ke atas suspek dibuat selepas pemeriksaan yang dijalankan bersama-sama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor di premis berkenaan. Mereka disyaki terlibat dalam insiden pembuangan sisa toksik.

“Polis Johor akan memberikan kerjasama kepada pihak JAS dalam menjalankan siasatan susulan,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian, di sini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis dan Pengarah JAS Johor, Dr. Mohd. Famey Yusof.

Ayob Khan tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa lokasi yang perlu diperiksa dan mungkin ada lagi tangkapan-tangkapan perlu dibuat.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Terdahulu, empat penduduk kampung tersebut dimasukkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas akibat terhidu bau toksik yang mengalir di tali air berhampiran.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  6  =  4