Penarafan Bintang Kepada Kepada Kementerian Bagi Pertandingan Program Keceriaan Antara Kementerian

 Penarafan Bintang Kepada Kepada Kementerian Bagi Pertandingan Program Keceriaan Antara Kementerian

Foto – Jabatan Penerangan Malaysia

PUTRAJAYA, 29 NOVEMBER 2021 – Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 yang lalu, Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menerusi Jabatan Penerangan Malaysia, telah berjaya menganjurkan Program Keceriaan Antara
Kementerian. Ia merupakan program menyemarakkan bangunan pejabat dengan hiasan bertemakan Hari Kebangsaan.


Sebanyak 26 Kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyertai pertandingan ini dengan pengibaran Jalur Gemilang di bangunan-bangunan kerajaan yang menjadi salah satu manifestasi semangat cintakan negara dalam kalangan penjawat awam, sebelum ia disebarluaskan ke peringkat akar umbi.

Foto – Jabatan Penerangan Malaysia


Kementerian yang telah berjaya menerima penarafan 5 bintang dalam Program Keceriaan Antara Kementerian adalah Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Dalam
Negeri, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perpaduan Negara.


Majlis Apresiasi telah diadakan dan penyampaian hadiah kepada pemenang, telah sampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Haji Mohammad Bin Mentek, Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, pada petang ini. Semoga kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat untuk bertugas dengan lebih cemerlang.

Manakala,bagi yang kurang berjaya, tingkatkan usaha agar kejayaan bakal menjadi milik anda pada
masa hadapan.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16  −    =  9