Penang FC tutup mulut pengkritik, belasah TFC 4-1

 Penang FC tutup mulut pengkritik, belasah TFC 4-1

Pemain Terengganu FC (TFC) Makan Konate (kiri) dikawal ketat oleh pemain pasukan Penang FC pada saingan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam ini. Keputusan separuh masa pertama, Penang FC 2-0 TFC. –fotoBERNAMA (2021)

KUALA LUMPUR — Penang FC melakar kemenangan terbesar mereka dalam kempen Liga Super 2021 setakat ini apabila membelasah Terengganu FC 4-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu malam ini, sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada sembilan perlawanan.

Kali terakhir juara Liga Premier musim lepas itu tewas ialah ketika berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, menentang juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada awal Mac lalu.

Turun sebagai pasukan pelawat, skuad kendalian Tomas Trucha mengejutkan TFC dengan dua gol pada separuh masa pertama, masing-masing dijaringkan pemain import dari Tajikistan, Sheriddin Boboev pada minit kelapan dan kapten pasukan Endrick dos Santos pada minit ke-21.

Pemain Terengganu FC (TFC) David Aparecido Da Silva (kiri) cuba mengasak pemain Penang FC Abdul Latiff Suhaimi (kanan) pada saingan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam ini.
Keputusan separuh masa pertama, Penang FC 2-0 TFC.
–fotoBERNAMA (2021)

Wira TFC menentang JDT minggu lalu, Mohamad Hakimi Abdullah merapatkan kedudukan menerusi rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti pada minit ke-59, namun kemaraan skuad Sang Penyu terhenti susulan dua gol penyerang Anselmo Arruda da Silva pada minit ke-65 dan ke-68.

Kemenangan tersebut membolehkan Penang FC mengatasi TFC di kedudukan ketiga Liga Super selepas mengumpul 22 mata sementara TFC kekal 21 mata.

Sementara itu, gol tunggal penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-85 memastikan Sarawak United FC merampas takhta Liga Premier selepas mengatasi Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Sarawak United FC kini mengumpul 20 mata sementara pencabar terdekat Negeri Sembilan FC di kedudukan kedua dengan 18 mata.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

79  −    =  76