Penampilan semula barisan kabinet ‘PN’ dipersoal

 Penampilan semula barisan kabinet ‘PN’ dipersoal

Mohd Sany Hamzan

KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Susulan kabinet baharu yang turut membariskan kepimpinan lama era Tan Sri Muhyiddin Yassin, pembentukan kabinet itu disifatkan sebagai gagal oleh beberapa pihak.

Memetik laporan Utusan, perkara itu dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Mohd. Sany Hamzan yang meluahkan rasa kecewa apabila pemimpin lama masih lagi memonopoli barisan Kabinet dan berbanding menampilkan ‘muka baharu’.

“Ini bukanlah Kabinet baharu seperti yang diharapkan, sebaliknya ini adalah pertukaran beberapa menteri ke portfolio kementerian yang lain.

“Ini bukan Kabinet Keluarga Malaysia seperti yang dikatakan Perdana Menteri  dan amat malang kepada kita semua,” katanya ketika membahaskan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera hari ini mengumumkan barisan kabinetnya yang akan mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin.

Majoriti pemimpin yang ditampilkan beliau dalam Kabinetnya adalah mereka yang pernah memegang portfolio sama ketika di bawah pentadbiran Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Mohd. Sany yang juga Ahli Jawatankuasa Parti Amanah menegaskan lagi, jemaah menteri ketika era Muhyiddin Yassin dilihat gagal menangani isu dan masalah yang berlaku dalam negara ketika pandemik COVID-19.

Justeru, beliau merasakan barisan menteri ‘baharu’ ini tidak akan mencapai kejayaan seperti yang diharapkan oleh rakyat Malaysia untuk keluar daripada krisis ekonomi dan wabak COVID-19 yang dilihatnya tidak berkesudahan.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  6