Penampilan ‘Batik Malaysia’ PM tarik perhatian netizen

 Penampilan ‘Batik Malaysia’ PM tarik perhatian netizen

Batik Malaysia yang dipakai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika membuat lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia menarik tumpuan ramai.

“Lawa baju batik PM”
Itu antara komen warganet terhadap penampilan Perdana Menteri Malaysia.

Ismail Sabri yang menggayakan batik berwarna lembut itu sekaligus memartabatkan batik Malaysia sebagai pakaian rasminya.

Menerusi hantaran gambar dimuat naik di Instagram, kebanyakan komen pengguna laman sosial memuji penampilan dan rekaan batik itu.

“‘Nice outfit’ Datuk Seri,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Cun baju PM,”komen seorang pengguna.

“Lawa batik Malaysia,” komen seorang pengguna.

Kunjungan negara jiran itu adalah lawatan rasminya yang pertama ke Indonesia selepas mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri.

Irmamusliana Mustajab

emma@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

41  −  31  =