Penafian berita palsu tular 2 Mei – KKMM

 Penafian berita palsu tular 2 Mei – KKMM

KUALA LUMPUR, 3 Mei — Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada 10 malam semalam.

 

  1. Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kenyataan yang tular bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh Negeri Selangor sama ada pada 4 Mei atau 5 Mei 2021 termasuk beberapa arahan dan cadangan berkaitan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor bertarikh 1 Mei 2021. MKN menegaskan kenyataan mesej berkenaan adalah palsu dan orang ramai disaran untuk berhenti menyebarkan maklumat yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.
  1. MKNĀ menafikan kesahihan poster bertajuk SOP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 10-20 MAY 2021 melibatkan negeri-negeri yang diklasifikasikan di bawah pelaksanaan PKP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan PemulihanĀ (PKPP) seperti yang tular di media sosial. MKN menjelaskan poster berkenaan kembali tular sedangkan pihaknya masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut. Orang ramai diminta untuk menghentikan penyebaran poster berkenaan yang boleh mengakibatkan kegusaran awam.

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

52  −  45  =