PEMULIH langkah terbaik bantu rakyat

 PEMULIH langkah terbaik bantu rakyat

Foto Nikkei Asia

JOHOR BAHRU, 30 Jun — Pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) merupakan langkah strategik dan terbaik kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam membantu rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

Ketua Wanita PN Johor, Datuk Azlinda Abdul Latiff

Ketua Wanita PN Johor, Datuk Azlinda Abdul Latiff berkata, pengumuman peruntukan RM150 bilion dalam PEMULIH itu juga adalah bukti kerajaan PN prihatin terhadap keperluan rakyat.

“Wanita PN Johor ingin merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri yang sentiasa prihatin dan cakna menyelami denyut nadi kesusahan dan keresahan rakyat khususnya golongan miskin tegar, peniaga kecil serta golongan berpendapatan harian.

“Tidak ketinggalan juga keprihatinan terhadap golongan M40, T20 dan usahawan mikro juga perlu diberikan bantuan seperti moratorium, i-Citra dan penangguhan pinjaman pendidikan bagi anak muda. Ini adalah suatu langkah yang tepat.

“Wanita PN Johor berharap dengan keseluruhan lapan bantuan pakej rangsangan ekonomi ini dapat mengurangkan bebanan yang dipikul rakyat dalam mengharungi pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu mengumumkan PEMULIH, iaitu pakej bantuan selepas mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak COVID-19 secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini.

Selain itu, Wanita PN Johor menyeru semua pihak dapat bekerjasama menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan berusaha secara kolektif menangani pandemik itu dengan memberi komitmen yang padu .

Pihaknya juga mahu kerjasama pemimpin dan rakyat serta pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat agar dapat mencapai imuniti kelompok pada hujung tahun ini.

“Wanita PN Johor optimis dan percaya dengan tindakan kerajaan yang serius membantu serta prihatin terhadap nasib rakyat, kita akan diberikan jalan keluar oleh Yang Maha Esa,” katanya.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  29  =  36