• Sunday, 20 June 2021, 12:18 pm

Pemuda Perikatan Nasional Pulau Pinang bantu PKOB

 Pemuda Perikatan Nasional Pulau Pinang bantu PKOB

Pemuda Perikatan Nasional menyerahkan bakul makanan kepada wakil JKM di Dewan Serbaguna Bayan Lepas, Pulau Pinang.

PULAU PINANG, 7 Jun — Pemuda Perikatan Nasional Pulau Pinang menyerahkan 50 bakul makanan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diagihkan kepada penduduk yang terlibat dengan kawasan PKPD di Bayan Lepas.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional Pulau Pinang, Mohd Farhan Yusri dalam sebuah kenyataan berkata bantuan tambahan akan menyusul dalam masa terdekat.

Pemuda Perikatan Nasional menyerahkan bakul makanan kepada wakil JKM di Dewan Serbaguna Bayan Lepas, Pulau Pinang.

“Kami dimaklum oleh pegawai JKM terdapat lebih 2,300 keluarga terlibat didalam kawasan PKPD tersebut dengan anggaran 10,000 orang,” katanya.

Bantuan Bakul Makanan fasa pertama ini akan diberi keutamaan kepada keluarga yang amat memerlukan sementara menunggu bantuan tambahan tiba.

Mohd Farhan turut menyeru orang ramai agar membantu penduduk yang terlibat di kawasan tsrsebut dan bantuan hendaklah dihantar tsrus ke Pusat Operasi Kawalan Bencana (PKOB) yang terletak di Dewan Serbaguna Bayan Lepas bersebelahan Balai Polis Bayan Lepas.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *