• Monday, 21 June 2021, 2:32 am

Pemuda Pakatan Harapan hantar Memorandum ke Kedutaan AS

 Pemuda Pakatan Harapan hantar Memorandum ke Kedutaan AS

Pemuda Pakatan Harapan diarahkan bersurai oleh anggota Polis pada program konvoi solidariti kenderaan secara berkumpulan bagi mendesak Amerika Syarikat agar tidak mencampur tangan dan akur kepada gencatan senjata Israel-Hamas yang telah dipersetujui hari ini

Oleh Iqhram Ahmad

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Pemuda Pakatan Harapan (PH) hari ini menyerahkan memorandum kepada kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, di sini, yang mendesak pemerintahan negara itu memastikan Israel mematuhi gencatan senjata yang disepakati dengan Hamas.

Pemuda PH juga mendesak AS mengkaji semula hubungan diplomatiknya dengan Israel dan menghentikan sebarang bantuan senjata dan ketenteraan kepada negara itu susulan kepada konflik yang berakhir awal pagi tadi.

Foto Supian Ahmad @wacana.my

Memetik laporan bahawa kerajaan AS memberi bantuan tahunan sebanyak AS$3.8 bilion, pihak Pemuda PH menyokong resolusi yang diusulkan Bernie Sanders di Senat AS agar pemerintah AS menghentikan penjualan senjata kepada Israel.

Menurut Ketua Pemuda PH, Shazni Munir Mohd Ithnin, memorandum ini adalah bagi mendesak pemerintah AS, terutama Presiden Joe Biden, untuk membuktikan pemerintahannya mempertahankan hak asasi manusia dan semua kehidupan penting.

“Tidak dapat disorokkan lagi bahawa Israel telah banyak kali melakukan jenayah perang serta pelanggaran hak asasi manusia selama bertahun-tahun.

“Pemuda PH amat mengalu-alukan gencatan senjata ini antara Israel dan Hamas. Bagaimanapun, gencatan senjata ini sepatutnya berlaku lebih awal selepas lebih 200 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak terkorban dan cedera,” katanya pada media.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *