Pemimpin UNICEF minta negara G7 sumbangan lebihan vaksin atasi kekurangan bekalan COVAX

 Pemimpin UNICEF minta negara G7 sumbangan lebihan vaksin atasi kekurangan bekalan COVAX

Kredit foto Unicef.org

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 17 Mei — Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF) Henrietta Fore pada Ahad meminta Kumpulan Negara G7 untuk menyumbang lebihan vaksin COVID-19 kepada Kemudahan COVAX, mekanisme global untuk mendapatkan dan memberikan vaksin kepada negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Agensi Berita Xinhua melaporkan Fore mengemukakan rayuan itu kerana pemimpin G7 akan bertemu bulan depan di Britain.

Analisis data baharu yang disediakan oleh Airfinity, sebuah kemudahan penyelidikan sains hayat, menunjukkan bahawa negara-negara G7 dan kumpulan “Pasukan Eropah” negara anggota Kesatuan Eropah dapat menyumbang sekitar 153 juta dos vaksin jika mereka berkongsi hanya 20 peratus daripada bekalan yang ada pada bulan Jun, Julai dan Ogos.

Mereka boleh berbuat demikian dan pada masa yang sama masih dapat memenuhi komitmen mereka untuk memvaksin populasi mereka sendiri, kata Fore dalam satu kenyataan.

“Walaupun sebilangan anggota G7 mempunyai bekalan yang berlebihan berbanding yang lain, dan pelaksanaan domestik yang lebih maju, komitmen bersama segera untuk mengumpulkan lebihan bekalan dan berkongsi beban tanggungjawab dapat menyokong negara-negara yang terdedah daripada menjadi titik panas global seterusnya,” katanya .

COVAX mengalami pengurangan vaksin yang ketara akibat situasi di India apabila permintaan domestiknya yang melambung tinggi, menyebabkan 140 juta dos yang diperuntukkan untuk diedarkan ke negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana hingga akhir Mei tidak dapat diakses oleh COVAX.

50 juta dos lagi mungkin tidak diterima pada Jun, kata kenyataan itu.

Laluan paling berkesan adalah menerusi pengedaran vaksin, diagnostik dan terapi global yang adil. COVAX, dengan UNICEF sebagai rakan pelaksana utama, menyediakan laluan itu, katanya.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2  +  6  =