PEMERKASA: subsidi RM300 bagi B40 beli telefon pintar, peranti baharu

 PEMERKASA: subsidi RM300 bagi B40 beli telefon pintar, peranti baharu

KUALA LUMPUR, 17 Mac — Kerajaan menambah baik subsidi pembelian telefon pintar di bawah Program Jaringan Prihatin dengan pemberian RM300 kepada isi rumah yang mempunyai anak bersekolah dalam usaha merapatkan jurang digital golongan B40, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata peruntukan bagi Program Jaringan Prihatin juga ditingkatkan kepada RM2 bilion dan akan dilancarkan pada Mei ini.

“Saya menyeru syarikat telekomunikasi untuk menawarkan pakej Internet mampu milik dan terus menyediakan kuota data tambahan,” katanya dalam pengumuman khas mengenai Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bernilai RM20 bilion yang disiarkan oleh semua platform media hari ini.

Perkara itu merupakan antara 20 inisiatif strategik di bawah PEMERKASA dan terletak di bawah inisiatif ‘Mengurangkan Jurang Digital’.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan subsidi pembelian telefon pintar sebanyak RM180 kepada semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dalam Belanjawan 2021.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

32  +    =  37