PEMERKASA seimbangkan tuntutan kesihatan dan ekonomi

 PEMERKASA seimbangkan tuntutan kesihatan dan ekonomi

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan

Oleh Suraya Ali

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Langkah melancarkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) membuktikan kerajaan sentiasa berusaha menyeimbangkan antara limitasi yang terpaksa diletakkan demi membasmi COVID-19 dengan memastikan kedudukan ekonomi rakyat dan negara tetap terbela.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata untuk mencapai keseimbangan itu memang tidak mudah dan banyak sekatan yang terpaksa diletakkan.

“Tetapi PEMERKASA menunjukkan kerajaan mahu ekonomi dijana semula dengan lebih hebat walaupun pandemik belum selesai sepenuhnya,” katanya hari ini.

Beliau menyifatkan tumpuan yang diberi kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS) memang kena pada masanya kerana ramai daripada yang telah terkesan dengan amat serius sekali. Insentif yang diberi kepada golongan belia, wanita, OKU malahan juga pelajar sudah pasti akan membantu mereka pada waktu ini.

“Saya tertarik dengan pengumuman bahawa kerajaan akan memastikan peraturan perniagaan dipastikan lebih “agile“. Langkah ini pasti memberi kelegaan kepada industri. Adalah amat penting untuk kita mempermudah proses perniagaan kerana industri dan majikan adalah penyedia peluang pekerjaan kepada rakyat. Cara terbaik menjaga kebajikan rakyat ialah dengan memastikan peluang pekerjaan mereka terjaga.

Tan Sri Lee Lam Thye

“Saya rasa pengumuman yang paling dinantikan ialah mengenai harga siling petrol dan disel. Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mendengar rintihan rakyat dan memperkenalkan harga siling ini,” katanya.

Sementara itu, penganalisis ekonomi Bank Islam Berhad, Dr Afzanizam Abdul Rashid menyifatkan pengumuman Perdana Menteri itu menunjukkan komitmen tinggi kerajaan untuk memastikan pemulihan ekonomi dapat diurus dengan baik.

“Langkah-langkah yang diumumkan mengambil tahap kewangan golongan B40 serta permasalahan berkaitan aliran tunai. Justeru, langkah-langkah berkaitan bayaran pindahan, subsidi upah, geran perniagaan dan pembiayaan mikro sememangnya bakal memanfaatkan sektor IKS sama ada majikan mahupun pekerja,” katanya.

Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye pula ketika mengulas inisiatif keempat PEMERKASA berkata, “Inilah adalah satu peruntukan yang sangat dinanti-nantikan oleh peniaga dan pengusaha PKS yang terkesan dengan teruk selama ini.”

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  47  =  48