• Monday, 21 June 2021, 3:25 am

Pemeriksaan lebih ketat sepanjang PKP 3.0 – Polis Dang Wangi

 Pemeriksaan lebih ketat sepanjang PKP 3.0 – Polis Dang Wangi

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi memberi amaran kepada warga kota supaya sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang terkini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abidin Abdullah, berkata pasukannya akan membuat sekatan jalan raya bergerak di tempat tertentu bagi mengekang ketidakpatuhan.

“Contohnya menaiki kenderaan melebihi kapasiti dibenarkan, bergerak melebihi 10 km radius untuk mendapatkan kemudahan asas atau perubatan dan lain-lain SOP yg ditetapkan mulai esok,” katanya ketika dihubungi Wacana.my.

Polis juga akanĀ membuat pemeriksaan mengejut di pejabat swasta dan kerajaan bagi memastikan majikan mematuhi pelaksanaan bekerja dari rumah.

“Saya menasihatkan orang ramai khususnya yang berada di ibu negara untuk terus berada di rumah sekiranya tiada keperluan untuk keluar,” katanya.

Tindakan tegas akan diambil sekiranya ada mana-mana orang yang gagal mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk laman web MKN untuk mendapatkan maklumat danĀ  SOP terkini,” katanya.

Selain itu, PDRM khususnya IPD Dang Wangi akan sentiasa memantau pelaksanaan SOP pada setiap masa dan ketidakpatuhan akan menyebabkan mereka diambil tindakan kompaun

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *