Pemenang sebenar AJL, komposer Ezra Kong – Netizen

 Pemenang sebenar AJL, komposer Ezra Kong – Netizen

Oleh Iqhram Ahmad

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Di sebalik kemenangan lagu ‘Gila’ di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) semalam, ramai peminat muzik tanah air mula menyedari mengenai kehadiran seorang watak utama dalam penghasilan muzik tempatan.

Menerusi laman sosial media, nama penerbit dan komposer Ezra Kong sekali lagi menjadi sebutan orang ramai sebagai ‘pemenang sebenar’ dan ‘otak utama’ dalam penghasilan karya muzik tempatan.

Lagu ciptaan lelaki berusia 33 tahun itu merangkul gelaran finalis juara sejak ALJ30 pada 2016.

Hampir setiap tahun karyanya berjaya ke pentas akhir AJL, bermula dengan lagu ‘Assalamualaikum’ nyanyian Faizal Tahir yang muncul naib juara AJL30.

Manakala lagu Jampi dan Haram, kedua-duanya nyanyian Hael Husaini pula dinobatkan juara pada AJL32 dan AJL33.

Bagi AJL34, dia meraih tempat ketiga dengan lagu Anta Permana yang disampaikan oleh Bob Yusof dan penampilan khas Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Hasil kreativiti pemuda itu berjaya menarik minat penggemar muzik tempatan terutama dalam kalangan pendengar Melayu.

Nama beliau kini tular di sosial media sebagai pemenang sebenar AJL dan diiktiraf sebagai genius dalam industri muzik tempatan.

Kemenangan lagu Gila ciptaannya bersama Noki dan Loca B nyanyian Kaka Azraff, Noki, dan Loca B membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Manakala, lagu Semalam ciptaan sepenuhnya dan nyanyian, Aina Abdul muncul sebagai naib juara. Dia membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Sementara itu, tempat ketiga menjadi milik lagu Belenggu Rindu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong nyanyian Datuk Jama Abdillah dan Wany Hasrita. Kemenangan itu menyaksikan mereka berkongsi hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

58  −  53  =