Pemegang rekod dunia maut ditikam

 Pemegang rekod dunia maut ditikam

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Pemegang rekod dunia dari Kenya, Agnes Tirop ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di rumahnya di bandar barat Iten dan polis mengesyaki suaminya sebagai suspek.

Agens, dua kali meraih pingat gangsa pada Kejohanan Olahraga Dunia, menamatkan saingan di tempat keempat dalam acara final 5, 000m wanita pada Sukan Olimpik di Tokyo dua bulan lalu.

Siasatan jenayah sedang dilakukan terhadap kematiannya dan polis mendapati suaminya menghilangkan
diri.

Penyiasat jenayah berada di tempat kejadian dan polis menyatakan dia dilaporkan hilang oleh bapanya pada Selasa.

“Sebaik polis tiba di rumahnya, mereka menemui Agnes, 25 di atas katil dan tompokan darah di lantai,” kata ketua polis daerah itu, Tom Makori.

“Mereka melihat dia ditikam di bahagian leher yang kami percayai kecederan akibat pisau dan
menyebabkan kematiannya.

“Suaminya masih bebas dan siasatan awal mendapati suaminya sebagai suspek kerana tidak dapat ditemui.
Polis cuba mencarinya untuk menjelaskan apa berlaku kepada Agnes.”

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *