Pembukaan sekolah : Yang risau dan yang lega

 Pembukaan sekolah : Yang risau dan yang lega

KUALA LUMPUR, 26 Feb — Topik pembukaan sekolah menjadi perdebatan hangat kalangan komuniti maya selepas Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka bermula 1 Mac ini.

Laman media sosial dihujani dengan pelbagai maklum balas, reaksi serta persoalan dari pelbagai pihak, terutamanya ibu bapa.

Baru-baru ini satu undian dijalankan di Twitter, Facebook dan Instagram rasmi Bernama bagi memberi peluang kepada netizen memberi pendapat dan saranan mereka mengenai keputusan KPM tersebut.

Pengguna media sosial diberi tiga pilihan jawapan dalam undian tersebut iaitu “lega”, “risau”¬†dan “kurang pasti”.

“Risau”¬†menjadi pilihan utama pengguna Twitter dengan mendapat undian sebanyak 43.2 peratus, manakala 33 peratus memilih “kurang pasti”¬†dan hanya 23.8 peratus yang merasa “lega”¬†dengan pembukaan sekolah.

Sementara itu, Instagram pula menunjukkan seramai 681 netizen memilih “risau”¬†manakala 490 lega dengan pembukaan sekolah.

Antara perkara utama yang dibimbangkan warga siber adalah bebanan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan sekolah.

‚ÄúMungkin pihak sekolah boleh melonggarkan peraturan seperti tidak perlu memakai¬†uniform¬†sekolah buat sementara waktu ini bagi memberi masa pada¬†parents¬†yang¬†struggle¬†untuk¬†buat persiapan.¬†As long¬†murid-murid memakai baju kemas, sopan dan memakai¬†mask,‚ÄĚ kata pemilik akaun Instagram @sufryna.isz di bahagian komen.

Pengguna Instagram Que Qaseh juga berkata ramai ibu bapa terbeban setelah menghabiskan duit untuk pembelian peranti bagi kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dilaksanakan sebelum ini..

‚ÄúKeputusan berubah-ubah…sehabis duit beli¬†gadget¬†anak-anak (anak-anak ye bukan anak sahaja) untuk PdPR dah nak buka sekolah pula. Menyusahkan rakyat,‚ÄĚ katanya.

Walaupun pihak KPM telah memberi kelonggaran pemakaian seragam sekolah sehingga 26 Mac ini, tinjauan melalui undian juga mendapati majoriti masih bimbang akan kes COVID-19 yang masih tinggi.

Di Facebook, pengguna Farouk Zahir menyuarakan aspek keselamatan dan kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan sosial terutamanya dengan bilangan pelajar di sekolah.

‚ÄúKes masih tinggi. Wang yang dibelanjakan boleh cari balik. Itu bukan masalah utama. Bolehkah penjarakan sosial dilaksanakan? Kesihatan dan keselamatan anak-anak kita perlu diutamakan,‚ÄĚ katanya.

Di samping itu, pengguna Facebook Cik Bibi pula mencadangkan beberapa cara supaya pelajar terutamanya murid sekolah rendah mudah memahami dan mengikuti SOP yang ditetapkan.

“Perlu ada SOP jelas di sekolah yang difahami dan dipatuhi oleh anak-anak. Contohnya masa rehat, mesti ramai kan (mungkin boleh dibahagikan kepada dua sesi masa rehat). Kalau sekolah rendah tu bawa bekal dari rumah. Senang. Sediakan sabun dalam toilet, tisu tandas/pengering tangan (kebersihan tandas sentiasa dipantau terutamanya selepas waktu rehat), menyediakan hand sanitizer dalam kelas dan laluan utama“ katanya di bahagian komen.

Sementara itu, netizen yang lega dengan pengumuman KPM pula berpendapat anak-anak akan lebih fokus dalam pelajaran berbanding melalui PdPR.

‚ÄúLega, tapi¬†dalam hati mesti ada sedikit perasaan risau tapi¬†sampai bila kita nak biar anak-anak¬†kita belajar seperti ini. Mereka perlu¬†kembali ke sekolah untuk belajar dengan selesa dan mudah faham. PdPR¬†tak¬†cukup sebab ibu bapa tidak mempunyai kemahiran seperti guru,‚ÄĚ kata pengguna Facebook Siti Nadia.

Dalam pada itu, Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) menyifatkan pembukaan sekolah sebagai petanda yang baik dan ibu bapa tidak perlu terlalu risau dengan keputusan tersebut.

Presidennya, Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata negara kita sudah mula terima vaksin dan trend kes COVID-19 dalam negara juga menunjukkan penurunan.

“Jadi, semua pihak perlu bekerjasama dalam mengawal penularan wabak itu dengan mematuhi SOP dan berdisiplin supaya tidak timbul kluster sekolah.

‚ÄúBagi meneruskan sesi persekolahan dalam keadaan selamat, kita perlu menyesuaikan diri dengan sesi persekolahan ‚Äėnew normal‚Äô ini dan ia perlu bermula dari rumah,”¬†katanya kepada Bernama.

Pada 19 Feb lepas, KPM mengumumkan pembukaan sekolah pada 1 Mac ini melibatkan murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua, manakala Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam bermula pada 8 Mac.

Pelajar sekolah menengah pula ditetapkan pada 4 April bagi sekolah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) manakala 5 April bagi Kumpulan B.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

77  −    =  71