Pembubaran DUN Sarawak: GPS serah kepada Agong, Yang Dipertua Negeri – Nanta Linggi 

 Pembubaran DUN Sarawak: GPS serah kepada Agong, Yang Dipertua Negeri – Nanta Linggi 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

KUCHING, 16 Mei — Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud untuk memutuskan masa yang sesuai bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata di bawah perlembagaan negeri, tempoh DUN semasa akan berakhir pada 6 Jun iaitu genap lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya.

Bagaimanapun, beliau berkata peruntukan di bawah perlembagaan negeri tidak mempunyai kesan susulan penguatkuasaan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

“Oleh itu, pembubaran DUN akan ditetapkan pada tarikh yang difikirkan sesuai oleh Al-Sultan Abdullah selepas berunding dengan Abdul Taib. Kami mempunyai keyakinan dan kepercayaan penuh terhadap kebijaksanaan mereka untuk membuat keputusan.

“Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) juga akan menghadap Al-Sultan Abdullah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat majlis tertinggi GPS di sini semalam.

Menurut Nanta, sepanjang situasi semasa pandemik COVID-19, kehidupan rakyat adalah keutamaan GPS.

 

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

15  −    =  14