Pemberian vaksin untuk petugas barisan hadapan dijangka selesai hujung bulan

 Pemberian vaksin untuk petugas barisan hadapan dijangka selesai hujung bulan

MELAKA, 20 April — Sekurang-kurangnya 95 peratus daripada sejumlah 571,000 petugas barisan hadapan telah menerima dos pertama vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Pertama.

Menteri Penyelaras program berkenaan Khairy Jamaluddin berkata pihaknya menjangka pemberian suntikan vaksin petugas barisan hadapan akan selesai pada hujung bulan ini.

Katanya di Melaka sendiri sebahagian besar petugas barisan hadapan telah menerima suntikan vaksin yang lengkap, manakala bakinya sedang menunggu untuk melengkapkan suntikan dos kedua.

Beliau berkata demikian ketika meninjau Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Kedua yang turut dihadiri Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman dan Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka Datuk Dri Ismail Ali di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tun Ali di Bukit Katil di sini hari ini.

Khairy yang juga Menteri Sains, Tekonologi dan Inovasi berkata 84 peratus atau 528 daripada 540 dos vaksin berjaya diberikan pada hari pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Kedua di Melaka, semalam.

Beliau berkata 16 peratus individu di bawah Fasa Kedua berkenaan tidak hadir atas pelbagai sebab dan pihaknya akan memperincikan perkara berkenaan selepas ini.

Khairy berkata sepatutnya kehadiran penerima suntikan vaksin Fasa Kedua pada hari pertama semalam antara 95 hingga 100 peratus namun pihaknya berpuas hati dengan kehadiran 84 peratus sekali gus menunjukkan orang ramai yakin dengan vaksin yang diberi kerajaan.

“Kita juga minta supaya tiada pembaziran di PPV… kalau mereka yang diberi janji temu tak hadir, peraturan dia adalah tak bazir vaksin dan beri kepada siapa-siapa yang rela untuk terima vaksin,” katanya.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  48  =  57