Pembangkang terkejut permintaan Najib, mungkin kaji semula MOU dengan Kerajaan Persekutuan

 Pembangkang terkejut permintaan Najib, mungkin kaji semula MOU dengan Kerajaan Persekutuan

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 19 Nov — Pakatan Harapan (PH) mungkin kaji semula memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan jika bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dianugerahkan sebidang tanah dan rumah bernilai RM100 juta.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam satu kenyataan perkara itu tidak pernah dibincangkan atau disampaikan kepada wakil pembangkang dalam mana-mana mesyuarat yang diadakan bersama kerajaan sebelum ini.

“Amat mengejutkan apabila mendengar daripada Menteri Kewangan bahawa Kabinet secara keseluruhan telah menerima permintaan untuk memberikan sebidang tanah dan rumah kepada Ahli Parlimen Pekan bernilai RM100 juta.

“Pada ketika apabila rakyat menderita, status doktor kontrak tidak jelas, kanak-kanak dari kumpulan pendapatan isi rumah B40 masih menghadapi pelbagai cabaran dan pada masa di mana terdapat begitu ramai rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan, rumah mereka, pendapatan mereka dan juga kehidupan mereka, langkah Kabinet untuk ‘hadiah’ tanah dan rumah kepada seseorang telah didapati bersalah rasuah oleh Mahkamah Tinggi KL adalah tidak bermoral dan tidak membuat apa-apa erti,” katanya dalam sidang Parlimen pada Khamis.

Beliau menambah bahawa pendedahan mengejutkan itu boleh memaksa PH untuk “mengkaji semula semua bentuk persefahaman yang wujud” dengan kerajaan.

Beliau menambah bahawa sehingga kini Najib gagal menjelaskan wang tunai dan barang kemas bernilai ratusan juta dalam milikannya.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

62  −  61  =