Pembangkang perlu ‘belajar’ hormati majlis

 Pembangkang perlu ‘belajar’ hormati majlis

Datuk Shabudin Yahaya

KUALA LUMPUR, 27 Jul — Wakil rakyat pembangkang terutama daripada DAP perlu ‘belajar’ menghormati majlis dan tidak bersikap kurang sopan terhadap pemimpin negara.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Datuk Shabudin Yahaya berkata beberapa wakil rakyat DAP mengganggu serta menjerit ketika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membacakan al-Fatihah kepada semua mangsa COVID-19 pada sidang khas Parlimen pada Isnin.

Shabudin berkata tindakan itu menunjukkan sikap sebenar pemimpin DAP berkenaan kerana mereka terus menjerit tanpa menghiraukan Perdana Menteri.

“Mereka langsung tak menghormati Perdana Menteri yang menyeru agar semua ahli Dewan (Dewan Rakyat) bertafakur serta membaca al-Fatihah kepada mangsa COVID-19. Inilah perangai sebenar pemimpin DAP yang tak tahu nak hormati majlis,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Shabudin, Muhyiddin menyampaikan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa COVID-19 ketika memulakan ucapannya pada sidang khas Parlimen hari ini, sebelum berlakunya kekecohan.

“Saya amat kesal dengan tindakan wakil rakyat DAP ini dan menggesa mereka memohon maaf kepada Perdana Menteri serta seluruh rakyat Malaysia. Tindakan mereka ini amat keterlaluan dan memalukan serta tidak boleh dibiarkan berlarutan,” katanya.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

38  −  37  =