• Monday, 21 June 2021, 3:04 am

Pembaca meter TNB guna teropong ikut SOP

 Pembaca meter TNB guna teropong ikut SOP

Teks & Foto Oleh Mohd Fikri Mie

KUANTAN, 2 Jun – Kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang bertugas dibahagian utama menjalankan tugas mengikut jadual ditetapkan bagi mengelak sebarang masalah pada pengguna.

Setiap pembaca meter TNB jdibekalkan dengan teropong bagi melihat bacaan meter elektrik daripada jarak jauh

Pengurus Besar TNB Negeri Pahang, Datuk Baderul Sham Saad, berkata bahagian utama perlu bertugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Sekatan Pergerakan Penuh ialah pembaca meter dan pasukan tunggu sedia baiki kerosakan.

Menurutnya, sepanjang menjalankan tugas semua kakitangan diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa dalam memastikan mereka tidak mudah dijangkiti wabak COVID-19.

Katanya, bagi kakitangan yang bertugas sebagai pembaca meter mereka tidak dibenarkan bersemuka dengan pengguna, bil yang dikeluarkan hanya perlu diletakkan dalam peti surat setiap rumah.

“Setiap pembaca meter TNB juga dibekalkan dengan teropong bagi melihat bacaan meter elektrik daripada jarak jauh, mereka tidak perlu masuk ke dalam kawasan rumah pelanggan.

“Sepanjang bertugas kakitangan TNB juga perlu memakai pelitup muka dan sentiasa mencuci tangan menggunakan sabun dan bahan pembersih,” katanya, di sini hari ini.

Beliau menambah, walaupun TNB sentiasa berusaha memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna namun dalam asek keselamatan dan kesihatan kakitangan ia perlu diberi keutamaan kerana mereka ada adalah tulang belakang pada syarikat.

Baderul Sham berkata, untuk mendapat pelbagai maklumat perkhidmatan pengguna boleh menggunakan aplikasi myTNB selain ke kedai tenaga yang beroperasi sembilan pagi hingga satu petang.

“Setiap hari sebelum keluar bertugas kakitangan diberi taklimat berkaitan SOP yang perlu diamalkan, sebelum berlaku jangkitan lebih baik langkah pencegahan diambil terlebih dahulu.

“Hanya kakitangan TNB dibahagian tertentu sahaja kini dibenarkan bertugas terutama sepanjang Sekatan Pergerakan Penuh selama dua minggu bermula semalam.Sebahagian dibahagian perkhidmatan dan selebihnya pentadbiran.

“Saya sentiasa berdoa agar kakitangan TNB Pahang tidak mudah dijangkiti wabak COVID-19 sepanjang mereka bertugas,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *