Pembaca meter TNB cedera digigit anjing

 Pembaca meter TNB cedera digigit anjing

Mohd. Faridzuan cedera di tangan setelah diserang anjing peliharaan di Taman Megah Ria, di sini, pada Ahad.

JOHOR BAHRU, 24 Ogos — Seorang pembaca meter elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) cedera diserang seekor anjing ketika menjalankan tugas di Jalan Api-api 1, Taman Megah Ria, pada Ahad.

Dalam kejadian itu, mangsa, Mohd. Faridzuan Nordin, 27, diterkam seekor anjing yang meluru keluar apabila pintu pagar kecil rumah itu dibuka oleh cucu pemilik rumah tersebut.

Menurut perkongsian yang tular dalam media sosial semalam, mangsa dan anak kepada pemilik anjing telah bergelut dengan anjing tersebut untuk beberapa minit sebelum anjing berkenaan melepaskan gigitannya.

Mangsa kemudiannya meminta bantuan kepada rakannya menerusi aplikasi WhatsApp dengan menghantar gambar telah digigit anjing pada pukul 12.05 tengah hari.

Susulan itu, beberapa orang rakan sekerja yang berhampiran telah segera datang ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan kepada mangsa dan membawanya ke Jlinik Penawar di Taman Megah Ria untuk mendapatkan suntikan dan rawatan.

Insiden digigit anjing itu menyebabkan mangsa mengalami luka akibat gigitan di lengan tangan kanan yang agak serius, ibu jari tangan kiri dan calar-calar di bahagian kaki kiri.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk membuat pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa pada hari sama kejadian berlaku.

“Walau bagaimanapun, mangsa telah menarik balik laporan itu setelah perbincangan dibuat oleh kedua-dua belah pihak dan kes telah diselesaikan dengan baik,” katanya.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

57  −    =  47