Pematuhan SOP rendah, punca kes positif di Kampung Keramat

 Pematuhan SOP rendah, punca kes positif di Kampung Keramat

KOTA KINABALU, 9 Mei — Pematuhan penduduk Kampung Keramat di Semporna terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang masih rendah antara punca kes positif COVID-19 di lokaliti berkenaan.

Menteri Kerajaan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata sehingga kini Kementerian KesihatanMalaysia  (KKM) merekodkan 10 kes positif COVID-19 daripada 101 ujian yang dijalankan di kampung itu.

Masidi yang juga jurucakap COVID-19 kerajaan negeri berkata atas nasihat KKM, kerajaan negeri telah bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilokaliti itu bermula 11 Mei hingga 24 Mei ini.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes serta menyekat penularan jangkitan kes COVID-19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain di luar lokaliti tersebut,” katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.

Masidi yang juga Menteri Kewangan negeri berkata sehingga kini seramai 56,237 orang telah menerima suntikan vaksin dos pertama bagi fasa satu manakala dos kedua seramai 50,065 orang, dan fasa dua pula seramai 27,613 telah menerima suntikan bagi dos satu.

“Manakala bilangan pendaftaran penerima vaksin hari ini sejumlah 1,613 menjadikan jumlah kumulatif yang mendaftar setakat ini sebanyak 480,621 orang,” katanya.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

7  +  3  =