Pemandu rentung treler terbabas, terbakar

 Pemandu rentung treler terbabas, terbakar

Anggota bomba daripada BBP Bukit Gambir memadamkan kebakaran sebuah treler di Kilometer 145.9 Lebuhraya Utara-Selatan, Bukit Gambir, Tangkak, hari ini.

TANGKAK, 26 Ogos — Seorang lelaki ditemui rentung selepas treler dipandunya terbabas dan terbakar di Kilometer 145.9 Lebuhraya Utara-Selatan, Bukit Gambir, di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Farizan Mokhtar berkata, mangsa, Aminrullrashed Azman, 38, ditemukan rentung di tempat duduk penumpang dipercayai akibat tercampak semasa kemalangan pada pukul 7.36 pagi itu.

“Mangsa ditemui maut di lokasi kejadian di dalam treler tanpa muatan. Kebakaran telah memusnahkan sehingga 90 peratus kepala lori dan 20 peratus bahagian treler.

“Operasi membawa mangsa keluar dan pemadaman di bawah seliaan Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Khalid Mohd. Aris telah mengambil masa kira-kira 40 minit,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, seramai 13 anggota dengan tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Punca sebenar kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Kemalangan telah menyebabkan kesesakan di lebuh raya sepanjang dua kilometer,” katanya.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

78  +    =  88