Pemaju hartanah tempatan teroka industri ruang kerja fleksibel RM128 bilion

 Pemaju hartanah tempatan teroka industri ruang kerja fleksibel RM128 bilion

Oleh Mohd Kamal Ahmad

MELAKA, 19 Mac — Syarikat hartanah, Sheng Tai International Sdn Bhd (Sheng Tai International), terus menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi Malaysia, terutama Melaka menerusi pemeteraian perjanjian dengan penyedia ruang kerja global terbesar di dunia, International Workplace Group plc (IWG) dengan
jenama merangkumi Regus dan Spaces.

Perjanjian francais itu menyaksikan Sheng Tai International dan IWG berkolaborasi bagi membuka ruang kerja fleksibel di Malaysia.

Dengan perjanjian itu, Sheng Tai International menjadi rakan kongsi pertama IWG sejak ia membuka peluang francais di negara ini pada 2019.

Sheng Tai International melabur sebanyak RM8 juta bagi memulakan perkongsian ini dengan tiga pusat di hartanah komersial syarikat tersebut di Melaka.

Pusat pertama, yang akan di bawah jenama Regus, akan dibuka di Metrasquare, Melaka, menjelang penghujung suku kedua 2021. Pusat kedua, di bawah jenama Spaces, akan dibuka di The Sail pada 2025.

Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tersebut.

Mewakili Sheng Tai International pada majlis itu dan bertukar dokumen ialah Dato’ Leong Sir Ley, Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International. IWG pula diwakili oleh Premita Dhaliwal, Ketua Pembangunan Perkongsian – Malaysia.

Dato’ Leong Sir Ley, Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International, berkata, pihaknya gembira dapat menjalin kerjasama dengan IWG bagi meluaskan industri ruang kerja fleksibel Malaysia.

“Kami percaya kini adalah masa yang tepat untuk melabur di dalam industri ruang kerja fleksibel di Malaysia, terutama di Melaka, seiring dengan prospek optimisti pasca COVID-19 bagi negeri itu dan seluruh negara. Pandemik itu telah memberikan kelebihan besar kepada Melaka, dan juga industri ruang kerja yang fleksibel itu sendiri.

“Semakin ramai orang dan jenama global yang mahukan lokasi strategik di luar pusat kota. Malah, pandemik telah mempercepatkan pertumbuhan trend ruang kerja fleksibel di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan kepada Wacana.my.

Dengan pembangunan unik kami di Malaysia, diganding lagi dengan kemudahan moden dan berkelas dunia IWG, pihaknya berada di dalam kedudukan terbaik untuk menarik perhatian usahawan, PKS dan syarikat multinasional yang cenderung kepada teknologi, memperkasa semula ekonomi di Melaka dan sekitarnya, tambah Dato’ Leong.

Pihak beiau juga merancang untuk membuka lebih banyak ruang kerja fleksibel di seluruh Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sementara itu, Gareth Haver, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau IWG, berkata, apabila memutuskan untuk membuka peluang francais, pihaknya memerlukan rakan kongsi yang teguh, tetapi lebih penting, mereka yang berkongsi wawasan dan nilai-nilai mereka.

“Maka kami teruja untuk membuka lembaran baharu bersama Sheng Tai International. Mereka mempunyai cita-cita dan rekod prestasi yang kukuh yang melangkau sekadar hartanah. Saya percaya keupayaan mereka menarik jenama global ke sini semasa pandemik adalah bukti nyatanya,” kata Premita Dhaliwal dari IWG Malaysia.

Melaka Trade Square (Metrasquare) adalah pembangunan komersial seluas 6 ekar merangkumi komponen kediaman dinamakan Metrasquare Serviced Suites, sebuah jotel premium tiga bintang bernama Hotel Metrasquare, sebuah hotel lima bintang bernama Ames Hotel selain kedai runcit, kemudahan mesyuarat dan persidangan, kemudahan F&B, serta galeri sejarah Melaka dan ruang sosial seni yang bakal dibina.

Terletak hanya lima minit memandu dari tol Ayer Keroh dari Lebuh Raya Utara-Selatan, Metrasquare juga dekat dengan Melaka International Trade Centre (MITC), pejabat-pejabat kerajaan, pasar raya hiper dan banyak tarikan pelancong seperti Zoo dan Safari Malam Melaka; Taman Burung Melaka; Wonderland Theme Park; Melaka Planetarium, World’s Bees Museum dan Melaka International Trade Centre.

Ruang kerja fleksibel diunjur tumbuh besar-besaran di Malaysia di mana syarikat dari semua saiz bakal melaksanakan corak kerja hibrid progresif. Perniagaan-perniagaan telah menyedari bahawa model hibrid bukan sahaja bermaksud kakitangan yang lebih gembira dan saling berkomunikasi, tetapi dapat melakukan penjimatan besar kepada kos operasi syarikat.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

27  −  24  =