Pemain No 1 dunia enggan divaksin

 Pemain No 1 dunia enggan divaksin

Djokovic masih belum mengambil suntikan vaksin. FOTO Twitter

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Bintang tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic bakal terlepas beraksi pada Grand Slam Terbuka Australia sekiranya enggan mengubah pendirian untuk mengambil vaksin Covid-19.

Kedegilan pemain Serbia itu mengundang reaksi pemain No 1 British, Andy Murray yang berharap rakan tenis profesional yang lain mendapatkan dua suntikan mandatori vaksin sebelum mereka beraksi pada Terbuka Australia, Januari tahun depan.

Laporan tabloid Britain awal bulan ini menyatakan, kerajaan Victoria mengumumkan semua atlet profesional dalam negara itu mesti mendapat dua suntikan menjelang November dan Murray memberi sokongan penuh terhadap usaha itu.

“Adalah lebih baik sekiranya lebih ramai pemain menerima suntikan vaksin,” kata Murray selepas kekalahannya kepada Alexander Zverev di Indian Wells di California, Amerika Syarikat.

“Saya lebih suka fokus pada tenis. Sekarang kami terpaksa memberi tumpuan terhadap vaksin kerana masih ramai pemain tenis yang belum mengambilnya”.

“Mengikut pemahaman saya, jika anda tidak divaksin anda masih dibenarkan bermain cuma peraturan akan menjadi berbeza dan ia difahami.

“Apa saya faham anda akan lebih mudah dijangkiti virus itu jika anda tidak divaksin dan anda juga boleh menyebarkannya kepada orang lain,” katanya.

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *