Pemain muda jadi taruhan BAM

 Pemain muda jadi taruhan BAM

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

KUALA LUMPUR, 11 Sept — Skuad badminton negara membuat keputusan untuk menghantar pasukan pemain muda pada kejohanan Piala Sudirman, Piala Thomas dan Piala Uber yang akan berlangsung bulan depan.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, skuad tersebut diletakkan sasaran untuk mara ke suku akhir dalam ketiga-tiga kejohanan itu.

“Kita meletakkan sasaran suku akhir kepada ketiga-tiga skuad tersebut pada kali ini.

“Ini adalah masa sesuai untuk mengambil risiko dan menghantar pemain muda sebagai persiapan untuk menghadapi temasya Olimpik 2024 di Perancis nanti,” katanya semasa sidang media di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara pada Sabtu.

Kebanyakan pemain dalam skuad Piala Thomas berumur antara 21 sehingga 24 tahun, manakala, untuk Piala Sudirman, rata-rata pemain berusia 18 sehingga 26 tahun.

Untuk Piala Uber pula turut dibarisi oleh Siti Nurshuhaini Azman yang baru berusia 17 tahun dengan pemain paling senior adalah Lee Meng Yean yang berusia 27 tahun.

Siti Nurshuhaini akan menjadi wakil tunggal daripada skuad junior negara di bawah bimbingan Datuk Misbun Sidek.

Sementara pemain muda perseorangan lelaki Ng Tze Yong dan pemain perseorangan wanita Eoon Qi Xuan bakal mendapat pengalaman berharga selepas turut terpilih membarisi skuad kali ini.

Tze Yong, 21 beraksi cemerlang untuk muncul sebagai pemain terbaik pada sesi pemilihan yang dikendalikan oleh pengarah kejurulatihan Wong Choong Hann manakala Qi Xuan pula dipilih bagi menggantikan Goh Jin Wei yang tidak berada pada prestasi terbaiknya ketika ini.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

48  −  47  =