Peluang JDT dan KL City seimbang final Piala Malaysia

 Peluang JDT dan KL City seimbang final Piala Malaysia

BUKIT JALIL , 30 November 2021 – Peluang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City (KL City)
menjulang kejuaraan di pentas akhir Piala Malaysia musim ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini dilihat seimbang.


Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, peluang kedua pasukan untuk merangkul kejuaraan 50-50, pasukan yang banyak mrlakukan kesilapan akan mengundang padah.

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir


Menurutnya, selaku juara bertahan JDT tidak boleh terlalu yakin dengan cemerlang musim ini kerana ia tidak menjamin laluan mudah untuk mengulangi pencapaian sama malam ini.


Katanya, sekiranya pemain JDT dilamun rekod cemerlang sebelum ini, tidak mustahil mereka akan menerima akibatnya kerana lawan pasti turun dengan misi menjulang Piala Malaysia selepas 32 tahun tidak beraksi di pentas akhir Piala Malaysia.


“Saya yakin pemain pasukan Kuala Lumpur City bimbingan jurulatih Bojan Hodak akan turun dengan semangat juang yang begitu menebal selepas menempuh pelbagai cabaran diperingkat saingan Piala Malaysia.


“Semangat melawan pastinya menjadi penentu pada pertembungan dijangka sengit malam,” katanya, di sini hari ini.
Katanya, kekuatan JDT tidak perlu dipertikaikan apabila membariskan ramai pemain terbaik negara, kelebihan itu yang membezakan dengan KL City.


Bagaimanapun, Jamal Nasir berkata, pasukan yang banyak melakukan kesilapan terutama di penghujung permainan pasti akan berputih mata.


“Saya berharap perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini dapat menyajikan persembahan yang terbaik dan menghiburkan peminat bola sepak tanah air.


“Saya yakin kedua-dua pasukan sudah mengatur corak permainan akan digunakan dalam usaha menjerat lawan,” katanya.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  2