Pelitawanis TNB Cawangan Kuantan serah sumbangan asnaf

 Pelitawanis TNB Cawangan Kuantan serah sumbangan asnaf

Pengerusi Pelitawanis TNB Cawangan Kuantan, Rozianis Mohd Noor menyampaikan bantuan kepada asnaf pada program bantuan sempena Ramadan

Oleh Mohd Fikri Mie

KUANTAN, 12 April – Persatuan Wanita Tenaga Nasional Berhad (Pelitawanis TNB) Cawangan Kuantan menyerahkan sumbangan keperluan asas kepada 20 keluarga asnaf di daerah ini.

Pengerusinya, Rozianis Mohd Noor berkata, antara barangan bantuan yang diberikan seperti beras, susu, tepung dan gula selain wang tunai yang diharap dapat menceriakan lagi golongan terbabit.

Program bantuan sempena Ramadan kali ini difokuskan kepada golongan memerlukan di Kampung Jawa, Mukim Beserah, Perumahan Pak Mahat, Kampung Batu Lima dan Kampung Anak Air.

Program ini turut mendapat sokongan warga kerja TNB Kuantan yang tampil memberi sumbangan menerusi kempen menderma untuk mereka memerlukan sempena Ramadan.

Beliau berkata, sebelum ini Pelitawanis TNB Cawangan Kuantan bekerjasama dengan Dapur Infak Umah menyediakan makanan percuma untuk berbuka puasa yang diagihkan kepada golongan asnaf di daerah ini.

Rozianis menambah, menjadi tanggungjawab pihaknya membantu golongan asnaf di daerah setiap kali Ramadan dengan harapan mereka tidak terus terpinggir disebabkan kemiskinan selain masalah kesihatan kronik, kecacatan dan warga emas.

“Kita merancang untuk mengadakan beberapa program kebajikan pada masa akan datang selain pelbagai aktiviti lain dikalangan ahli,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4  +  6  =