Pelik perut masih buncit, Fiza Frizzy rupanya hamil cahaya mata ketiga

 Pelik perut masih buncit, Fiza Frizzy rupanya hamil cahaya mata ketiga


PETALING JAYA : “Sebenarnya saya rancang untuk hamil anak ketiga lagi lima tahun, tapi rupa-rupanya rezeki Allah SWT nak bagi lepas lima bulan kehadiran anak kedua. Apa pun saya mendoakan yang baik-baik sahaja, insya-Allah. 

“Suami turut sama terkejut tapi tentunya dia gembira. Sebab sebelum kami tahu mengenai kehamilan ini, rezeki kami berdua mencurah-curah. 

“Jadi katanya inilah agaknya, kita menumpang rezeki anak. Saya idam anak perempuan sebab sudah ada dua anak lelaki. Apa pun saya kita kisah mengenai soal jantina. Memadai anak yang bakal lahir sihat sempurna seadanya, kami sudah bersyukur”.

Demikian kongsi pengacara Fiza Frizzy mengenai kehamilan ketiganya meskipun anak kedua, Mohd Fahad Syamel baru berusia enam bulan. 

Jelas Fiza,33, dia pada mulanya ragu-ragu akan kehamilan tersebut sehingga ditegur kenalannya sebelum melakukan ujian kehamilan baru-baru ini.

Fiza dan suami, Mohd Fazli Zulkifli bagaimanapun bersyukur dan teruja atas khabar gembira sekali lagi bakal menimang cahaya mata. 

“Seperti kebanyakan ibu yang baru sahaja melahirkan anak, sudah pasti ada di antara mereka mahu ‘pasang badan’ balik, nak kembali ke bentuk badan ideal dan sebagainya.

“Tapi nak dijadikan cerita bila ke gim, saya terfikir kenapa bahagian perut ni tak pula mengecil? Bahagian lain nampak macam okay, tapi bahagian perut tidak menunjukkan perubahan. 

“Jadi saya buatlah semalam (ujian kehamilan), Alhamdulillah positif. Saya belum pasti berapa usia kandungan, mungkin empat ke lima minggu. Selepas ini perlu rujuk ke doktor untuk kepastian lanjut,” katanya. 

Fiza ditemui pada majlis pelancaran Dulang Kafe di Kompleks Kelana Jaya Centre Points, pada Jumaat. 

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

86  +    =  93