Pele ucap tahniah kejayaan Ronaldo

 Pele ucap tahniah kejayaan Ronaldo

Oleh Iqhram Ahmad

Milan, 15 Mac — Lagenda bola sepak Brazil, Pele mengucapkan tahniah kepada Cristiano Ronaldo yang memecahkan rekodnya menjaringkan gol dalam perlawanan rasmi.

Bintang Portugal itu membantu Juventus menang 3-1 dalam saingan Serie A menentang Cagliari dengan meledakkan hatrik sekali gus merekodkan 770 gol dalam perlawanan rasmi.

Pemain berusia 36 tahun itu memberitahu pengikutnya di Instagram seramai 270 juta orang bahawa dia sekarang ini berhak merangkul rekod berkenaan selepas berjaya menyamainya sebelum ini pada 2 Mac lalu.

“Sepanjang membesar di Madeira, saya tidak pernah impikan dapat mengatasi rekod Pele sebagai penjaring gol terbanyak.

Legenda Brazil yang kini berusia 80 tahun itu memuatnaik ucapan tahniah di Instagram peribadi miliknya yang mempunyai seramai 5.8 juta pengikut.

“Tahniah kerana memecahkan rekod saya menjaringkan gol dalam perlawanan rasmi.

“Saya sangat kagum dengan anda, saya suka melihat anda beraksi dan ia tidak lagi rahsia buat semua orang.

“Cuma saya kesal tidak dapat memeluk anda,” kata Pele satu-satunya pemain yang berjaya menjulang trofi Piala Dunia sebanyak tiga kali dan meledak 1,283 gol termasuk dalam perlawanan tidak rasmi.

 

 

 

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

41  −  32  =