Pelanggan di rumah, Pos Laju dakwa tiada

 Pelanggan di rumah, Pos Laju dakwa tiada

Oleh Suraya Ali 

KUALA LUMPUR :  Pelakon Fatimah Abu Bakar kesal dengan tahap perkhidmatan oleh Pos Laju yang mengendalikan program MyUbat dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Bercakap kepada Wacana.my, Fatimah memberitahu beliau menggunakan perkhidmatan Pos Laju bagi memudahkan ibunya yang berusia 86 tahun mendapatkan bekalan ubat dari sebuah hospital kerajaan

“Saya memberikan alamat rumah saya untuk perkhidmatan tersebut, dan pihak Pos Laju menyatakan sudah ke rumah dan tiada sesiapa di rumah,” katanya

Lebih membingungkan menurut Fatimah, beliau dan keluarga ada di rumah dan terdapat penjaga keselamatan yang bertugas 24 jam di kompleks perumahannya

Tujuan rakyat memilih untuk menggunakan perkhidmatan MyUbat adalah bagi memudahkan urusan pengambilan ubat-ubatan dan mengurangkan lawatan ke hospital tanpa keperluan penting

MyUbat merupakan satu aplikasi telefon pintar dilancarkan oleh kerajaan bagi memudahkan proses mendapatkan ubat-ubatan dari hospital kerajaan

Pesakit menggunakan MyUbat untuk memesan ubat tanpa perlu ke kaunter farmasi hospital. Ia kemudiannya akan dihantar terus ke rumah menggunakan perkhidmatan pos dengan setiap lokasi boleh dijejak lokasinya terus dari dalam aplikasi

Wacana.my menghubungi Pos Laju dan jurucakapnya memberitahu Pos Laju telah menghubungi Fatimah dan menyelesaikan masalah tersebut

“Kami juga telah membuat penghantaran bekalan ubat tersebut,” katanya

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

7  +  2  =