Pelancongan hartanah suntik nafas kepada industri pelancongan negara

 Pelancongan hartanah suntik nafas kepada industri pelancongan negara

Oleh Mohd Kamal Ahmad

KUALA LUMPUR, 9 Mac — Program vaksinasi COVID-19 memberi sinar harapan kepada industri pelancongan Malaysia, yang telah terjejas teruk berikutan penutupan sempadan dan langkah kawalan pergerakan (PKP).

Menurut Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Malaysia menerima 4.29 juta pelancong antara Januari hingga September 2020. Ia adalah penurunan sebanyak 78.6 peratus berbanding tempoh sama, tahun sebelumnya.

Bagi membolehkan industri pelancongan negara pulih daripada kerugian, sebuah kumpulan syarikat dipelbagaikan hari ini menyarankan kerajaan supaya menggalakkan dan menyokong inisiatif pelancongan hartanah yang diterajui pemain hartanah tempatan.

Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International Sdn Bhd (Sheng Tai International), Dato’ Leong Sir Ley, berkata pihaknya yakin bahawa pelancongan hartanah boleh menyumbang kepada industri pelancongan. Oleh itu, adalah penting untuk menyediakan suatu bentuk dorongan untuk industri ini yang telah beku lebih dari setahun akibat pandemik global ini.

Dato’ Leong Sir Ley

Beliau berkata, dengan pelan vaksinasi nasional sedang giat diadakan dan awal dari jadual, kami menjangkakan sempadan akan dibuka tidak lama lagi. Industri hartanah dan pelancongan hendaklah bersedia dari sekarang bagi memenuhi permintaan nanti. Pelancongan hartanah boleh menjadi platform yang memenuhi dua matlamat sekali gus.

Sheng Tai International adalah pelopor di dalam industri pelancongan hartanah di Malaysia.

Sejak 2012, Kumpulan ini telah membawa lebih 50,000 pelawat termasuk dari China, Hong Kong, dan Jepun melawat Melaka Bandaraya Bersejarah. Di samping menyediakan pengalaman terbaik yang ada di Melaka, program ini turut memaparkan penawaran hartanah Sheng Tai International di negara ini. Ia termasuk MetraSquare, Ames Hotel, Regalia Beachfront Residence dan The Sail, pembangunan flagship bernilai RM6.5 bilion yang bakal menjadi daerah perniagaan komersial (CBD) di Melaka.

Leong menambah, inisiatif pelancongan hartanah juga telah menjana kesan positif berganda
kepada ekonomi Melaka.

“Selepas pengalaman menarik tersebut, peserta kami akan kembali ke negara mereka dan memberitahu keluarga dan sahabat-handai mereka mengenainya dan kami mendengar bahawa ramai telah kembali di dalam kumpulan lebih besar untuk melawat Melaka.

“Sejurus sahaja sempadan dibuka semula dan orang ramai dibenarkan berjalan, Sheng Tai International merancang untuk membawa masuk seramai 8,000 peserta secara tahunan.

Pembangunan kami telah mencatat kemajuan besar dalam tahun-tahun kebelakangan ini.“Kami telah membentuk perkongsian strategik dengan jenama global seperti FashionTV, IWG dan Memorigin, bagi membuka premis baharu dan unik, yang belum pernah ada di Asia Tenggara dan Malaysia,” katanya.

Oleh itu, Sheng Tai International mahu mencadangkan kepada kerajaan negeri dan Persekutuan untuk berkolaborasi bagi menggalakkan lebih ramai pemain industri hartanah untuk melaksanakan pelancongan hartanah menerusi geran sepadan, bantuan kewangan, selain aktiviti pengiklanan dan promosi pelbagai negara.

“Kami percaya, sektor hartanah dan pelancongan boleh sama-sama meraih manfaat di dalam
kaedah yang saling menguntungkan,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

88  −  86  =