Pelancong asing di Langkawi perlu jalani ujian RT-PCR sebelum berlepas

 Pelancong asing di Langkawi perlu jalani ujian RT-PCR sebelum berlepas

KUALA LUMPUR, 4 DIs — Semua pelancong asing yang menyertai program gelembung perjalanan antarabangsa Langkawi perlu menjalani ujian RT-PCR sekurang-kurangnya 72 jam sebelum berlepas.

Pelancong juga akan dikenakan ujian RTK-Antigen profesional pada hari ketiga dan kelima selepas ketibaan mereka di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan bahawa pelancong dari lapan negara yang diletakkan di bawah larangan perjalanan sementara akan dihalang daripada menyertai program itu.

Lapan negara itu adalah termasuklah Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.

“Bagi pelancong yang menjalani saringan di Langkawi pada hari ketibaan, mereka dibenarkan menginap di hotel sementara menunggu keputusan mereka untuk mengelakkan kesesakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

“Mereka juga akan menerima perintah pengawasan dan pengawasan secara digital melalui aplikasi MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  1  =