Pelan Pemulihan Negara dapat percepatkan parlimen – Wan Saiful

 Pelan Pemulihan Negara dapat percepatkan parlimen – Wan Saiful

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata Pelan Pemulihan Negara mampu mempercepatkan sidang parlimen dan kerajaan sedang lakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat berkenaan.

Katanya menerusi kenyataan mengenai keputusan Perjumpaan Khas Raja-Raja Melayu semalam, pandangan yang dinyatakan oleh Raja-Raja jelas menunjukkan betapa Duli-Duli Tuanku sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan rakyat dan tadbir urus negara.

“Keperluan untuk mengadakan sidang parlimen secepat mungkin adalah satu perkara yang disebut oleh YAB Perdana Menteri dan diulang sekali lagi semasa mengumumkan Pelan Pemulihan Negara.

“Kita doakan agar pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara segera menunjukkan hasil supaya matlamatnya akan tercapai. Langkah-langkah susulan sedang diambil oleh kerajaan. Sudah semestinya yang paling penting ialah semua tindakan kita mesti dipandu oleh Perlembagaan dan undang-undang negara,” katanya.

Tambah beliau, usaha-usaha dalam memerangi wabak COVID-19 harus diteruskan dengan pematuhan SOP dan program vaksinasi negara.

Menurutnya, semua jentera BERSATU akan terus istiqamah membantu masyarakat yang memerlukan melalui bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan parti di seluruh negara.

“Kita mesti segera keluar daripada belenggu wabak ini supaya kita dapat kembali kepada kehidupan harian seperti biasa,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *