Pelaksanaan SOP ketat di sekolah legakan ibu bapa

 Pelaksanaan SOP ketat di sekolah legakan ibu bapa

KOTA KINABALU, 8 Mac — Pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang teratur dan ketat, melegakan perasaan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka yang memulakan sesi persekolahan bagi murid tahun tiga hingga enam, yang bermula pada hari ini.

Seorang suri rumah Elmina Jul, 24, yang menetap di Manggatal melahirkan kelegaan itu, kerana dengan SOP yang ditetapkan oleh pihak sekolahĀ mengurangkan kebimbangannya untuk menghantar anaknya yang berumurĀ 10 tahun.

Beliau berkata setelah sekian lama belajar secara dalam talian, kaedah ituĀ memberi cabaran bagi dirinya untuk mengajarĀ anaknyaĀ supaya mengikutiĀ pembelajaran menggunakan kaedah itu.

ā€œKalau di rumah memang susah sikit mahu mengajar dia (anak), tetapi hari ini buka sekolah dan saya rasa legaĀ dan tengok SOP pun ketat, saya rasa senang hati juga,ā€ katanya ketika ditemui di perkarangan Sekolah Kebangsaan Darau di sini hari ini.

Bagi Norman Abdul Nusi, 37, juga bersyukur kerana anaknya yang berada dalam darjah empat kini sudahĀ boleh ke sekolah dan beliau amat berpuas hati dengan pelaksanaan SOP di sekolah berkenaan.

Katanya, dengan pematuhan SOP itu sekurang-kurangnya mengurangkan rasaĀ kerisauanĀ akan keselamatan anaknya daripada dijangkiti virus COVID-19, ketika berada di sekolah.

Terdahulu Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali yang mengadakan lawatan ke sekolahĀ itu, amat berpuas hati dengan pelaksanaan SOP yang dijalankan dan berharap ia akan dipatuhi oleh warga sekolah termasuk ibu bapa.

Beliau juga turut menyeru agar semua guru di negeri itu akanĀ diberikan suntikan vaksin, kerana mereka juga sebahagian daripada petugas barisan hadapan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Dr Mistirine Radin dalam kenyataan memaklumkan, seramaiĀ 191,972 murid tahun tiga hingga enam di Sabah memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka hari ini.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  2