Pelajari tangani buli dari negara lain – Dominic Lau

 Pelajari tangani buli dari negara lain – Dominic Lau

Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

KUALA LUMPUR, 15 Dis — Gerakan mencadangkan agar kerajaan mempelajari cara mengekang insiden buli di sekolah dari negara lain.

Presidennya Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menerusi satu kenyataan berkata kerajaan boleh mengambil contoh dari Amerika Syarikat (AS) dan mencadangkan penggubalan undang-undang antibuli bagi menangani secara berkesan mereka yang terlibat dengan perbuatan tersebut.

Beliau juga berkata setiap peringkat dalam komuniti memainkan peranan sama penting bagi menyelesaikan insiden buli di sekolah secara berkesan, terutama ibu bapa, sekolah dan kerajaan, selain turut menyarankan agar Kementerian Pendidikan mewujudkan ‘Minggu Antibuli’ dengan mengadakan pelbagai aktiviti publisiti antibuli.

Kejadian buli melibatkan pelajar sekolah kembali hangat apabila 10 pelajar Maktab Rendah Sains Mara telah dibuang ekoran tindakan membuli seorang pelajar tular baru-baru ini. 

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

43  +    =  50